TADABBUR SURAH AL-FURQAN


Dalam ayat 63-74 Suratul Furqan Allah menggambarkan terdapat 12 sifat orang-orang beriman yang mendapat gelaran 'ibadurrahman - mereka yang akan mendapat rahmat paling besar di sisi Allah iaitu kedudukan paling tinggi di syurga nanti.
Sifat-sifat tersebut adalah:

Tawaddhu' (merendah diri) -berjalan di muka bumi Allah ini dalam keadaan merasakan dirinya adalah makhluk yang kerdil, tidak memiliki kekayaan apa pun, tidak memiliki ilmu apa pun walhal org memandang dirinya sebagai org berilmu, org yg kaya atau org yg memiliki jawatan tinggi.

menjaga lidahnya dgn menuturkan perkara yg baik shj walaupun dihina dan dimaki. Bukan bermaksud dia lemah tetapi merasakan pertengkaran dan perdebatan dgn org2 bodoh adalah perkara sia-sia

melazimi bgn mlm utk bertahajjud.

sentiasa berdoa supaya dijauhkan dr azab api neraka. Seorg muslim sejati akan sentiasa ada rasa takut terhadap siksaan Allah yg akan mendorongnya sentiasa patuh pd perintah Allah

bersederhana dlm berbelanja namun tidak bakhil dan apabila berinfaq tidak tidak pula berlebih-lebihan sehingga memudaratkn diri sendiri. Maka berbelanjalah sekadar memenuhi keperluan dan bukannya mengikut keinginan hawa nafsu. Dlm bersedekah pula jgnlah berlebih-lebihan hanya kerana berbangga dgn sedekah yg diberi.

menjauhi sifat syirik

tdk membunuh jiwa yg diharamkan Allah SWT

menjauhi perbuatan zina

menjauhi sumpah palsu kerana dgn memberi sumpah palsu bermaksud menghilangkan hak org lain dan membantu kezaliman

apabila diajak melakukan perkara yg sia-sia, maka dia segera meninggalkannya. Org yg beriman tdk memiliki waktu kosong dlm hidupnya krn sibuk dgn aqidah dan dakwah yg ditanggungnya.

apabila diberi peringatan dan nasihat dgn ayat-ayat Allah, maka dia akan sentiasa patuh iaitu dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya

sentiasa berdoa agar dikurniakan pasangan dan zuriat keturunan yg soleh solehah serta mampu menjadi pemimpin bg org2 bertaqwa

**********************************
Terdpt 2 doa yg blh kita sama-sama amalkan dlm ayat 63-74 ini iaitu:

" Ya Tuhan kami, jauhkan kami dari azab Jahanam, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yg kekal"-25:65

" Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sbg penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bg org yg bertaqwa"- 25:74
[ 0 comments ]